Daripada : Tuan haji Che Uda Che Nik (Sik)
Tarikh Jawapan : 15 JUN 2009 (Isnin)
No. Soalan : 25
SOALAN
Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik sebahagian peruntukan dari Projek Bekalan Air Kuala Muda/ Sik Pakej A,B dan C kerana projek ini amat diperlukan untuk pembekalan air di daerah Kuala Muda/ Sik.
JAWAPAN
Tuan Yang DiPertua,
Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan tidak pernah menarik balik mana-mana peruntukan bagi projek bekalan air yang sedang dalam pelaksanaan. Apa yang sering berlaku adalah siling peruntukan bagi satu-satu projek tidak mencukupi. Apabila keadaan ini berlaku , pihak berkuasa air negeri akan mengambil pendekatan sama ada mengubah suai skop ataupun menyusun semula jadual pelaksanaan projek mengikut keutamaan selari dengan peruntukan yang di terima.
Tuan Yang Dipertua,
Situasi demekian turut di alami oleh Projek Bekalan Air Kuala Muda/ Sik. Skop kerja projek tersebut yang turut meliputi bekalan air ke kawasan Kuala Muda akan merangkumi pembinaan muka sauk, loji rawatan air berkapasiti 25 juta liter sehari, tangki air, paip air utama, paip agihan, pam penggalak dan sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA). Mengikut perancangan Kerajaan Negeri Kedah, projek tersebut akan di laksanakan secara berperingkat mulai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe- 9) dan di bahagikan kepada 3 pakej utama iaitu Pakej A, B dan C.
Tuan Yang Dipertua,
Di bawah RMKe-9, projek ini telah menerima peruntukan sebanyak RM 40 juta. Dengan peruntukan sebanyak itu, Kerajaan Negeri Kedah telah memutuskan untuk melaksanakan dahulu Pekej A dan sebahagian pakej C yang meliputi komponen utama dan kritikal seperti muka sauk, loji rawatan air dan paip-paip air mengikut keutamaan kawasan yang keperluannya sangat mendesak.
Pendekatan ini di ambil bagi membolehkan bekalan air dapat di bekalkan ke kawasan tersebut sebaik sahaja kerja-kerja tersebut disiapkan. Dengan adanya muka sauk dan loji rawatan air, tumpuan seterusnya kelak adalah untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi kerja-kerja pemasangan dan naik taraf paip-paip air dan tangki servis.
Tuan Yang Dipertua,
Setakat hari ini, kerja-kerja sedang giat di laksanakan seperti di jadualkan. Walau bagaimanapun, peruntukan RM 40 juta sememangnya tidak mencukupi. Oleh yang demekian, di bawah pakej Rangsangan Ekonomi kedua, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM 50 juta lagi sebagai peruntukan tambahan projek ini.
Melalui tambahan peruntukan tersebut, keseluruhan skop projek di bawah Pakej A dan C yang meliputi kerja-kerja bagi komponen utama dan kritikal tersebut akan dapat di laksanakan sepenuhnya dan di jangka dapat di siapakan seperti dirangcang iaitu pada suku keempat tahun ini. Kerajaan akan meneruskan skop kerja di bawah Pakej B projek ini di bawah RMKe-10 akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan