03 Disember 2009

Nie..Kerajaan Pakatan Rakyat



Pulangan Hasil Balak RM35 juta.
ALOR SETAR – Sehingga Oktober 2009, kerajaan negeri berjaya menghasilkan pulangan premium balak sehingga RM 35 juta berbanding sebelum ini antara RM7 juta hingga RM8 juta. Ini disebabkan oleh dasar kerajaan memperkenalkan tender terbuka.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan, bagi tahun 2009, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak 2,430 hektar kawasan hutan untuk dijadikan sebagai kawasan pembalakan, namun hanya 1,603 hektar tanah telah digunakan bagi tujuan tersebut.

“Sehingga kini terdapat 10 syarikat balak yang diberi lesen untuk menebang balak dengan jumlah tanah seluas 1,603 hektar di negeri ini melalui sistem tender terbuka.

“Melalui tender terbuka, Jabatan Perhutanan buat iklan tentang kawasan balak yang terlibat, kemudian bagi penerangan berhubung syarat-syarat yang perlu mereka (penender) akur.

“Mereka yang terlibat perlu beli borang untuk tender berharga RM50 yang hanya dijual pada penender yang hadir pada taklimat negeri oleh Jabatan Perhutanan dan tender dibuka selama 24 jam sebelum ditutup penawarannya,” ujar beliau.

Beliau menjawab soalan ADUN Ayer Hangat, YB. Encik Mohd Rawi Abd Hamid berhubung bagaimana cara pelaksanaan serta jumlah syarikat yang terlibat dalam tender terbuka pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12.
“Bagi kawasan seluas satu hektar, jumlah yang diperoleh adalah RM16,000 hingga RM19,000 berbanding RM1,000 bagi satu hektar dengan menggunakan sistem terdahulu," katanya.
YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan yang juga ADUN Sungai Limau turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengamalkan kronisme bagi pemberian tender.

Bagi menjawab soalan tambahan YB. Encik Mohd Rawi berhubung tuduhan di dalam sebuah blog bahawa kerajaan negeri serta pegawai kanan pejabat Menteri Besar campur tangan dalam proses pemberian tender itu adalah tidak berasas.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat dakwaan yang keluar di dalam blog tersebut dan mendapati ia tidak benar.

"Apabila kita membuka tender untuk menebang balak, permohonan tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Hasil Bumi untuk menentukan siapa yang layak memperoleh tender itu," ujarnya.
Kedah memiliki kawasan hutan simpan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipelihara. Kerajaan negeri turut menyediakan RM7.5 juta kepada Jabatan Perhutanan bagi tujuan peliharaan hutan tersebut tersebut menanam semula balak yang telah ditebang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan