22 Mei 2010

DOA LAKNAT KEPADA PEMBELI WAKIL RAKYAT...

Kempen Doa Laknat Kepada Konspirator2 Pembelian Wakil-Wakil Rakyat PKR
“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMINNNNN”

CERAMAH UMUM DUN KEDAH BUBAR????

YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK - MENTERI BESAR KEDAH
YB HJ AHMAD KASIM - AP KUALA KEDAH
YB S MANIKUMAR
YB LIM SOO NEE
YB TAN CHAU KANG
YB LEE GUAN AIK

.
TARIKH : 22 MEI 2010
TEMPAT : KOMPLEKS PAS KEDAH, BATU 9.
MASA : 9:00 MALAM
.
PAKAT-PAKAT MAI LAAAA...

HARGA SEBUAH MARUAH BN/UMNO??????


Kelakar sungguh bila BN bercakap soal maruah, lebih-lebih lagi para pemimpin UMNO. Sebenarnya, pada mereka maruah bermaksud ringgit dan sen. Dalam pergelutan kuasa politik yang sedang berlangsung sekarang, bertanya tentang rupa maruah dalam kalangan pimpinan BN/UMNO sama seperti bertanya warna kuku seorang puteri UMNO yang kudung kedua belah tangan. Ellekkk!
Oppps! Lupa nak peringat!...... Pimpinan BN/UMNO boleh mendapatkan kembali maruah anda yang telah hilang/tercicir/lelap di pajak gadai bila anda memasuki Pilihanraya Umum ke 13 dengan kekuatan parti lawan parti... harta merdak, jentera dan agensi kerajaan tidak diheret untuk memenangkan BN/UMNO. Waktu itu anda akan tahu rupa paras dan harga sebuah MARUAH! Khalaaaass!

27 Mac 2010

Pengasas Pondok Ampang Jeneri jadi Tokoh Pendakwah sempena Maulidul Rasul

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Pengasas Pondok Ampang Jeneri, daerah Sik, Tuan Guru Haji Zakaria Ismail, 73, dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah pada sambutan Maulidur Rasul 1431H Peringkat Negeri Kedah.

Pendakwah yang disegani ini telah dilahirkan pada 16 Jun 1937 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeneri, Sik, seterusnya melanjutkan pelajaran di sekolah Pondok Tuan Guru Haji Majid.

Dalam usaha mendalami ilmu agama, beliau telah berhijrah ke Sekolah Agama Irsyadiah, Sungai Bakap. Ilmu yang beliau perolehi telah dicurahkan kepada masyarakat dengan mengajar ilmu-ilmu agama kepada pelajar-pelajarnya serta seluruh masyarakat.

Beliau turut menjadi pakar rujuk dalam bidang agama atas kematangan ilmu yang dimilikinya serta penguasaan Bahasa Arab yang baik.

Bapa kepada dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Hajjah Hajar Mohd Zain mempunyai perwatakan yang mudah berbicara, suka bergurau dan remah menjadikan beliau mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Tenaga yang dicurahkan sebagai dalam mendidik masyarakat, beliau telah dianugerahkan sebagai Guru Cemerlang Negeri Kedah pada tahun 1991.

Atas khidmat serta kesungguhan dalam menyebarkan ilmu agama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah telah perkenan menobatkan beliau sebagai Tokoh Pendakwah pada tahun ini.

Manakala Tokoh Imam telah dianugerahkan kepada Imam Masjid Qariah Kampung Sena, Mukim Tobiar daerah Pendang, Haji Abdul Samad Abdul Hamid, 81.

Atas ilmu agama yang dimilikinya, KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah diperkenankan untuk melantik beliau sebagai Imam Masjid Qariah Kampung Sena sejak 4 Ogos 1971. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Qariah dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk

KERAJAAN PAKATAN BERTANGGUNGJAWAB



BALING – Kerajaan negeri Kedah sentiasa berusaha menyediakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada rakyatnya agar akhlak serta akidah mereka tidak terpesong dari landasan agama.

Solat tiang agama, jika tiang itu tidak didirikan tentulah runtuh agama seseorang. Solat telah difardukan ke atas setiap muslim sebagai tanda kepatuhan penuh ikhlas kepada Allah S.W.T.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka mendirikan solat yang berhubungkait dengan penularan gejala sosial yang melanda belia.
Menurut Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, rakyat yang beragama serta mengenal Tuhannya, maka sudah tentu mereka akan mengenali ibu bapa, jiran seterusnya mengukuhkan hubungan sesama insan.

“Dalam rukun Islam, pertama mengucap kalimah syahadah, kemudian solat yang wajib kepada semua umat Islam, sama ada dalam keadaan sihat dan sakit sekalipun. Sembahyang itu akan cegah manusia daripada melakukan perbuatan yang ditegah dalam agama.” jelas beliau pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Anak Soleh yang diadakan di Maktab Mahmud Baling.

Tambah beliau, menerusi kem ini adalah menjadi hasrat kerajaan negeri memastikan akhlak dan moral umat Islam akan terus digilap serta dipelihara dengan baik.

Selain itu, kem ini juga dapat mendidik anak-anak yang masih diperingkat sekolah rendah celik solat hingga mereka mampu mendidrikan solat sendirian.

“Masalahnya dalam kita sibuk dalam mengejar kehidupan dunia, tetapi kita lupa terlupa untuk menyediakan didikan agama yang septutnya. Maka adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam dua perkara membekalkan didikan agama kepada anak-anak yang dilahirkan suci tanpa sebarang dosa.

“Saya sebagai ketua kerajaan juga bertanggungjawab kepada rakyat, saya arahkan Exco-Exco saya laksanakan program yang manfaat kepada rakyat terutama dari segi agama. Baik kita habis duit untuk tujuan perkara-perkara yang baik kepada rakyat,” jelas beliau.

Hadir sama pada majlis ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr Ismail Salleh, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Sohibus Saadah Dato’ Syeikh Uzir Haji Baharom, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Mohd Zohdi Saad, ADUN Kuala Ketil, YB. Md Zuki Yusof, ADUN Kupang, YB. Johari Abdullah dan Pegawai Daerah Baling, Haji Ahmad Fisol Md Nor.

25 Mac 2010

CERAMAH PERDANA BERSAMA DATO PADUKA HUSAM MUSA



tarikh : 26.3.2010
tempat : Pondok Bandar Hilir, Sik, Kedah
Masa : 9.30 malam
penceramah :
1. YB DATO PADUKA HUSAM MUSA
AJK PAS PUSAT/EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN
2. YB. HJ YAHYA BIN ABDULLAH
ADUN JENERI
3. US AHMAD YAHYA
KETUA PEMUDA PAS KEDAH

SEMUA MASYARAKAT DIPERSILAKAN HADIR BERAMAI-RAMAI

19 Februari 2010

CERAMAH PERDANA HJ. MOHAMAD SABU

CERAMAH PERDANA PAS KAWASAN SIK
TARIKH : 21.2.2010
HARI : AHAD MLM ISNIN
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : KOMPLEKS PAS KAWASAN SIK, SG PAU
PENCERAMAH UTAMA : HJ MOHAMAD SABU (AJK PAS PUSAT)
YB Ir AMIRUDDIN HAMZAH (EXCO KERAJAAN KEDAH) DAN
YB HJ. YAHYA ABDULLAH (ADUN jeneri)



SEMUA RAKYAT SIK DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

15 Februari 2010

JIKA BN MENANG KRONI KENYANG

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

BN melanc arkan slogan baru dalam usaha menawan kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Slogan yang berbunyi "BN Menang, Kedah Senang" itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Gerak Mesra 1Malaysia yang diadakan di kawasan Dun Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Muhyiddin turun ke Kedah, kononnya untuk lawatan kerja atas sifatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi semua program yang terkandung dalam Majlis Gerak Mesra 1Malaysia adalah program politik yang visinya ialah untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Seri Shafie Apdal juga hadir dan berucap selaku pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. Muhyiddin dan Shafie berucap di hadapan orang ramai bagai sebuah rapat umum politik.

Program itu diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kedah, sebuah agensi pusat yang ditubuhkan di negeri ini kononnya bagi menyelaraskan pembangunan setelah pentadbiran negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

Jemputan rasmi oleh Jasmaliza Jamaludin bagi pihak Pengarah Kemajuan Negeri Kedah, dihantar kepada semua jabatan meminta kehadiran 10 orang pegawai atau kakitangan bagi setiap jabatan. Jabatan Pelajaran juga meminta setiap sekolah menghantar 20 wakil. Begitu juga lain-lain jabatan. Rakyat dikerah untuk hadir dengan umpan cabutan bertuah yang pelbagai serta persembahan artis. Bukan kerana nak dengar pidato Timbalan Perdana Menteri.

Majlis Gerak Mesra 1Malaysia adalah program politik, medan pemimpin Umno memaki hamun PAS tetapi digerakkan oleh PPN yang merupakan sebuah jabatan kerajaan di mana pegawai dan kakitangannya dibayar gaji dari duit rakyat; termasuk cukai yang dikutip dari ahli-ahli PAS. Kos membiayai program tersebut juga ditanggung oleh kerajaan. Mereka langsung tidak rasa berdosa, makan duit gaji yang dibayar oleh rakyat tetapi melakukan kerja untuk parti politik.

Tiada bezanya dengan perangai RTM Kedah yang setiap siaran berita menyiarkan kegiatan Umno sebagai laporan utama, walhal Umno di Kedah sama tarafnya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Sejak dulu pun Umno sebagai sebuah parti politik tidak perlu bekerja keras untuk memenangkan parti mereka dalam pilihanraya. Jabatan kerajaan yang dijadikan lembu tunggangan.

Setelah separuh abad merdeka, mengapa semua penyalahgunaan itu masih berlaku? Sebabnya BN belum kalah di Pusat. Akibat terlalu lama berkuasa, mereka merasakan semua khazanah kekayaan negara adalah hak milik mereka. Pegawai kerajaan dianggap sebagai peon pejabat Umno.

Inilah bahananya jika sesebuah parti itu diberi kuasa memerintah terlalu lama. Keburukan (akibat terlalu lama berkuasa) inilah yang perlu diberitahu kepada setiap rakyat yang mempunyai akal fikiran supaya kewarasan yang mereka miliki dapat digunakan sebaiknya untuk menolak BN.

Jika sekali mereka kalah, jadi macam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sekarang. Pegawai-pegawai tidak perlu bersusah payah melakukan kerja untuk parti politik. Ini hujah yang kuat mengapa Umno perlu dikalahkan di Pusat, walaupun untuk sekali.

Mungkin ada juga segelintir yang gemar melakukan kerja politik, lantaran tebalnya jatidiri Umno dan masih setia bertuankan pemimpin Umno tetapi ia cuma kes eksklusif, bukan gambaran keseluruhan.

Ada yang menghubungi saya meminta didedahkan kakitangan tertentu dalam kerajaan atau GLC yang sengaja mensabotaj imej kerajaan negeri dengan beberapa tindakan tertentu. Saya menjelaskan setakat ini tidak perlu, kerana Menteri Besar lebih bijak mencatur politik.

Hasil sikap tidak gelojohnya, ada beberapa individu yang cuba mengkhianati kerajaan sudah terjun dengan labu-labunya.

Sebuah akhbar harian primitif yang menjadi lidah rasmi Umno, menyiarkan sebuah artikel kononnya kekecewaan pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah (KCS) kerana dipinggirkan oleh Pusat. Pentadbiran negeri mempunyai mekanisme yang sudah established untuk penyaluran pembangunan supaya sampai terus kepada sasaran iaitu rakyat jelata.

Rangkaian pentadbiran di Kedah wujud lebih lama dari pentadbiran kerajaan Persekutuan. Tetapi lantaran sikap angkuh dan bebal pemimpin Kerajaan Pusat kerana pentadbiran negeri yang tidak sealiran dengan mereka, salurannya dilencongkan kepada rangkaian baru yang kebanyakannya melibat kepimpinan Umno negeri.

Dari segi amalan, saluran kewangan yang banyak dibuat melalui rangkaian Umno adalah "sangat baik" kerana ia mempercepatkan keruntuhan mereka. Duit dan perebutannya adalah peluru terbaik untuk menghancurkan Umno. Mati semut kerana gula, mati Umno kerana duit.

Dalam usaha mengambil kembali pentadbiran Kedah, BN sudah mula memukul canang "BN Menang, Kedah Senang". Kira-kira macam pelancaran Gelombang Biru di Terengganu selepas pilihan raya umum ke-11 lalu. Malangnya gelombang buatan di Kedah nampaknya belum menjadi.

Separuh abad BN memerintah Kedah, masih ramai rakyat yang dicengkam kemiskinan. Media massa saban hari menyiarkan kedhaifan rakyat dengan rumah dibuat dari dinding dan lantai buluh atau kayu-kayu hutan, terutama didaerah pendalaman seperti Baling, Sik dan Padang Terap. Kononnya atas keprihatinan terhadap penderitaan rakyat, media tersebut juga melaporkan YB, Pemuda atau Puteri Umno turun membantu. Mereka terhegeh-hegeh datang dengan beras, gula dan kopi.

Walhal yang sepatut dilakukan oleh BN sebagai pemerintah di Pusat ialah mempastikan tiada lagi rumah berlantai dan berdinding buluh. Kewujudan rakyat miskin di Kedah tidak bermula dari 9 Mac 2008. Berpuluh tahun golongan tersebut jarang merasai senang. Mengapa selepas BN jadi pembangkang di Kedah baru parti rasuah itu datang menjanjikan kesenangan?

Ternyata pertukaran kerajaan dari BN ke Pakatan sekarang pun tiada membawa kesusahan kepada rakyat, sebaliknya pemimpin BN yang 'susah'. Hilang banyak sumber pendapatan. Jika BN menang, tentulah juak-juak tersebut yang kenyang. Maka slogan "BN Menang, Kedah Senang" sepatut ditukar kepada "BN Menang, Kroni Kenyang".

MASA MAHADZIR KHALID TAK BELAGHAK MAULUD NABI PUN


MAULUD: ZAMAN MAHADZIR KHALID DI KEDAH BATAL PERARAKAN TAK APA PULA
by Ismaily Bungsu / ismailybungsu@yahoo.com

SAYA kekadang bertanya apa gunanya kita berarak kala meraikan Maulud Nabi? Kalaulah nabi hidup, apakah dia akan merestui perarakan yang semacam menunjuk2kan. Saya kira di Arab tidaklah ada sedemikian, malah Nabi sendiri saya rasa tak suka dia didewa2kan demikian. Cuba kita fikir. Saya bukan mahu menolak upacara berarak itu. Kita kena sedar sikit dan jangan mudah sangat terpengaruh dengan budaya yang menunjuk2 atau bersifat riak yang dilarang oleh islam.

ISLAM AJAR TAK MENUNJUK2/RIAK

Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Datuk Mahfuz Omar berkata bahawa tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian menolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

Lagi berselawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa, katanya yang Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dan beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya lagi .

Sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak di dalam UMNO yang sudah rosak dan di Kedah saya kira perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_ZB7-RwDptb_oPbgTet3aRk7f-jvCryzs94unPJbN6kDw5nldlLP3OCH6cGBHt3bR4ZCDue1RKnFuBF9_DTFsn4nBc11yO2WefrrTjBinFynIrTdNnjpwUcESLlxxy2vPnFgBBZZyfHc/s320/Mahadzir+Khalid.jpg
GELAK BESAQ : Nasib Ko La PENANG oii.....
AKu buat dulu tak ada sapa nak hingaq pon..

Ketika itu tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi barua/makan tahi Umno sebab media bawah telunjuk UMNO dan sebaiknya rakyat Malaysia harus menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

FITNAH PERKAUMAN TIDAK BERJAYA



GEORGETOWN, 14 Feb: Rumah terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di laluan pejalan kaki Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi meriah dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum, berlangsung penuh harmoni dan warna warni.

Tetamu terhormat Yang Dipertua negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas dan isterinya tiba sekitar jam 11.00 pagi disambut mesra oleh kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2, Dr Mansor Othman dan P Ramasamy yang sedari awal berdiri sambil melayan tetamu yang tidak putus-putus menghulurkan tangan tanda semangat pada Tahun Harimau yang membawa maksud ketangkasan, licik, waja dan berketerampilan.

Selain Yang Dipertua negeri, turut kelihatan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Husain dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Guan Eng yang ditemani isterinya tidak putus-putus bersalaman dengan orang ramai tidak kira Cina, India mahupun Melayu manakala isterinya pula sibuk membahagikan buah limau tanda selamat kepada hadirin di pintu masuk ke medan majlis yang bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Walaupun beliau banyak tugasan selain sebagai Ketua Menteri juga sebagai Setiausaha Agung DAP, namun untuk kepentingan rakyat, beliau sanggup ketepi semua kesibukan semata-mata untuk bertemu rakyat.

Dua hari sebelum Tahun Baru Cina, beliau terlibat dengan pidato 'Tolak Fitnah' yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung, Bayan Baru dan semalam di Kampung Pelet, Penanti bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Dari raut wajahnya sebagai pemimpin yang prihatin dan penyayang, maka tidak hairanlah di rumah terbuka itu, beliau tidak lupa kepada kanak-kanak serta golongan OKU dan warga emas bangsa cina yang mendiami rumah kebajikan.

Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kali kedua setelah Pakatan Rakyat memerintah negeri ini diserikan persembahan penari di bawah pengendalian Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang mempamerkan tarian tiga bangsa serta tarian singa sebagai lambang perayaan.

10 Februari 2010

NIZAR DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH

SIDANG MEDIA - UMNO/BN BERBOHONG LAGI


TARIKH: 7HB. FEB.2010

MASA : 2.00 PETANG

Assalammualaikum W.B.T dan selamat petang. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah rahmatnya pada petang ini kita dapat
mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan keadaan sebenar kedudukan PKR Cabang Sik dan seterusnya dapat menjawab segala tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap PKR Cabang Sik khususnya AMK Cabang Sik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan-wartawan kerana sudi datang untuk
sidang akhbar ini.

Sebenarnya senario yang berlaku di Sik ini seperti mana yang tuan-tuan sedia maklum dan sudah pun tersebar ke seluruh Malaysia, bukanlah satu senario yang baru dan pelik. Mengapa saya mengatakan demikian. Ini kerana tuan-tuan pun tahu ini adalah salah satu propaganda dan agenda jahat UMNO untuk melemahkan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR. UMNO pada ketika ini berasa amat gentar dan gerun dengan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PKR Cabang Sik.

Pada masa sekarang di Parlimen Sik khususnya golongan muda begitu tertarik dan amat berminat untuk menyertai PKR. Bilangan golongan ini yang menyertai PKR amat menggalakkan pada masa sekarang.Atas sebab itulah UMNO khususnya UMNO Bahagian Sik merasa gelabah dan tidak keruan.Maka oleh sebab itulah mereka telah menyusun dan mengatur satu propaganda untuk melemahkan PKR Cabang Sik.

Ini terbukti seperti yang tuan-tuan sedia maklum iaitu pada 5hb Februari 2010 yang lalu kononnya seramai 200 ahli AMK PKR Cabang Sik telah mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan AMK Cabang Sik. Mereka juga telah membuat satu kenyataan bahawa PKR Cabang Sik juga akan dibubarkan. Ini merupakan satu pembohongan yang terang lagi nyata yang sengaja direkayasa dengan tujuan untuk memecahbelahkan parti.

Tuan-tuan, ini bukanlah lakonan baru UMNO tetapi lakonan dan skrip lama yang diulang-ulang oleh mereka. Mereka telah mengumpul ahli-ahli pemuda UMNO dan kemudiannya mengisytiharkan keluar PKR.Tuan-tuan, saya tidak nafikan sebenarnya memang terdapat beberapa orang ahli PKR Cabang Sik bersama mereka tetapi saya yakin mereka tidak lebih dari 5 orang ahli yang telah kita kenal pasti. Selainnya adalah pelakon-pelakon yang didatangkan oleh UMNO khususnya UMNO Bahagian Sik.

Mereka ini sebenarnya adalah ahli-ahli PKR yang kecewa kerana tidak mendapat kedudukan dalam parti (bukan parti menyekat mereka tetapi mereka tidak layak dan tidak berkebolehan). Spesis-spesis ini menyertai parti selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 12 dengan niat dan tujuan untuk mencari kepentingan peribadi. Mereka ini tidak ikhlas dalam perjuanganparti dan memperjuangkan hak rakyat.

Dahulu mereka adalah ahli-ahli UMNO tetapi apabila tidak mendapat tempat dalam UMNO
mereka keluar menyertai PKR. Sekarang mereka tidak mendapat kedudukan dan habuan dalam PKR mereka keluar untuk menyertai UMNO semula. Saya hendak berpesan kepada UMNO bergembiralah menerima keahlian mereka ini kembali kerana dengan pengisytiharan mereka keluar dari PKR, sebenarnya telah menghapuskan satu beban yang besar kepada PKR khususnya PKR Cabang Sik. Ini kerana mereka ini bagaikan ‘duri dalam daging’ yang menimbulkan pelbagai masalah dalam parti.

Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang telah lama kecewa dalam PKR. Pertama ketika Pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lepas mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki dan ada di antara mereka pada masa itu telah belot kepada parti. Kedua ada di antara mereka yang bercita-cita untuk menjadi ahli Majlis Daerah Sik. Tetapi mereka tidak dipilih oleh parti kerana tidak memenuhi syarat jadi mereka bertindak keluar dari parti

Sebenarnya parti di dalam proses untuk memecat dan menggantung keahlian mereka. Jadi
tindakan mereka ini memudahkan lagi kerja parti untuk memecat mereka. Terima kasihlah
kepada mereka kerana tidak lagi menjadi beban kepada parti. Golongan seperti ini penyertaan mereka di dalam parti bukan untuk berjuang atau bekerja untuk rakyat tetapi hanya memikirkan apakah habuan yang bakal mereka perolehi. Golongan ‘opportunist’ seperti ini saya percaya dan yakin bahawa mereka tidak akan berjaya mendapat dan menarik sokongan rakyat.

Rakyat sudah masak dan muak dengan lakonan mereka. Tindakan mereka tidak akan dapat
mengganggu-gugat kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik dan saya pasti
kekuatan PKR akan menjadi lebih kuat lagi, dengan ketiadaan mereka. Ini kerana selama ini pun mereka tidak menyumbang apa-apa kepada parti. Sebaliknya hanya memberi masalah sahaja kepada parti. Lagi pun mereka ini hanyalah ahli biasa yang tidak memegang apa-apa
jawatan dalam parti.

Kepada golongan ini saya ingin berpesan jadilah manusia yang berprinsip dan bermaruah. Janganlah menggadaikan prinsip dan maruah kita hanya kerana sedikit habuan, kerana Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “janganlah kamu menggadaikan kepentingan agama kerana memikirkan sedikit keuntungan dunia kerana mereka itu akan tergolong di kalanganorang-orang yang rugi di dunia dan akhirat”.

Saya harap dengan penjelasan ini maka segala prasangka negatif terhadap keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik telah terjawab. PKR Cabang Sik serta
AMK Cabang Sik tetap utuh dan kuat untuk meneruskan agenda perubahan rakyat dan menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. UMNO- Barisan Nasional pasti akan kecundang bukan sahaja di Sik malah di seluruh negara. INSYAALLAH.


HIDUP PKR! REFORMASI!


Sekian. Terima kasih.

PKR CABANG SIK & AMK CABANG SIK