07 November 2011

IJTIMA' KORBAN 1432H


Sg.Pau, 6 November 2011 - 16 ekor lembu dikorbankan di dalam program Ijtima' Korban 1432H anjuran bersama MTD Jeneri/Belantek dan Pusat Khidmat ADUN Jeneri. Peyembelihan disempurnakan oleh Tuan Guru Hj. Salleh Musa, seluruh petugas UPU di kawasan Sik menyertai korban tersebut. Kata Ust. Wan Bashiruddin Abd Rahman "Program ini sangat meriah dengan kehadiran semua jentera parti dan juga veteren-veteren PAS seluruh Sik" katanya yang juga Setiausaha MTD Jeneri. Turut serta YB. Haji Yahya Abdullah.

17 Oktober 2011

BANGUNAN MTD YANG TELAH SIAP 90 %.


Bangunan MTD Jeneri yang telah siap 90% boleh digunakan pada PRU-13 nanti, sekarang telah beroperasi sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam mendirikan bangunan ini, Insyaallah ganjaran yang tuan/puan berikan dinilai oleh ALLAH kelak.

14 Oktober 2011

MOHON SUMBANGAN DANA PRU-13 MTD JENERI.

SUMBANGAN TUAN/PUAN BOLEH DI MASUKKAN KE AKAUN MTD JENERI
NAMA AKAUN : PAS MTD JENERI.
NO. AKAUN : 3984723118
BANK : PUBLIC BANK BERHAD CAWANGAN SIK.

28 Ogos 2011

PERUTUSAN HARI RAYA.

السلام عليكم ورمة الله

Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT.
1 Syawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan “fitrah” (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.
Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH.
Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.???
Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan lagi “tamak haloba” kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan.
Dikesempatan ini saya mewakili AJK MTD dan seluruh jentera UPU Dun Jeneri mengucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat sekalian.

Sekian, terima kasih.

USTAZ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB, PJK.
Pengarah MTD Jeneri

12 Ogos 2011

HELWA Pencetus Gelombang Hijau.


"Kebangkitan Muslimat Mempertahankan Negeri Kedah"
"Maju Selangkah Demi Selangkah Mengisi Harmoni Masyarakat"
"Mengembeling Tenaga Sepenuh Jiwa"
"Memastikan Kejayaan Terus Dikecapi"
"Mengajak Semua Isi Masyarakat Menyertai Perjuangan"
"Ini Demi Agama, Negara & Bangsa"
"Teruskan Usaha...Takbir"

08 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al - Mubarak.


"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"
Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan
1. Pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka. 2. Diampuni segala dosanya yang lalu.
3. Pahala berlipat ganda. 4. Jauh dari api neraka.
5. Perisai dari siksaan 6. Beroleh 2 kegembiraan.
7. Doa sangat mustajab 8. Masuk dalam syurga.
"Marilah Bersama-Sama Kita Maknakan Ramadhan Tahun Ini"

06 Oktober 2010

Asalmualaikum ,
kepada semua pengujung blogger
MTD Jeneri .

pertamanya saya minta maaf pada semua kerana dah lama tak updete .

dalam kolum ni pertama kalinya ingin saya utarakan kepada semua .marilah sama kita insafi
setelah sebulan yang lalu kita diasuh dan dipaksa oleh tuan kita iaitu yang Maha pencipta .agar semua yang bernama mukalaf diwajibkan secara Qatae' agar menjalani ibadah puasa yang paling agung .Semua yang bernama manusia perlu sedar bahawa setinggi mana darjat kita,sebesar mana pangkat kita ,sehebat mana jawatan yang disandang ,sebenarnya ada lagi yang lebih kuasa,yang lebih hebat dan yang lebih daripada segalanya iaitu tuan kita dan tuan kepada semua makluk .kerana itu apa sahaja yang disuruh olehnya pasti dituruti dan dipatuhi tiada siapa yang boleh menyanggah suruhanya .

Sebenar suruhan menjalani sebulan puasa agar manusia memiliki sifat-sifat terpuji selain berkeupayaan melawan nafsu ammarah .Sangat penting bagi seorang amilan yang berjuan fisabililah .kerana sifat -sifat itu perlu diwarisi dan menjadi tunjang perjuangan .Persoalanya sekarang , adakah semua sifat -sifat yang dibina selama sebulan yang lalu masih berbekas dan berbaki kepada kita semua? . mengapa tidak diusulkan atau membuat ketetapan hari rumah terbuka perlu diadakan selepas pausa enam ?atau raya keenam .? kerana jika asik layan rumah terbuka ja .satu sunnah nabi akhirnya diabaikan .tetapi bukan itu sahaja ,sebaliknya selepas sebulan berpuasa ,rumah terbuka juga sebulan berbuka .seolah-olah nak lepas geram .boleh makan banyak-banyak ,tak cukup dengan hidangan kuih muih ,ketupat rendang hidangan hawa nafsu seperti persembahan nyayian daripada artis jemputan dan pelbagai aktiviti maksiat juga terselit .kalu tuan,puan nak tahu tengok saja .majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinag apa dah jadi... apakah kita ingin mengajar rakyat suatu cara untuk meraikan kemenagan ibdah ? tidak cukup dengan media masa .sewaktu meraikan idul fitri dengan tarian dan pelbagai program yang tidak selari dengan islam .
Marilah sama-sama kita Muhasabah Ramadhan .

12 Ogos 2010

Majlis Bersama MB & Renungan Bersama.



Salam Ramadhan ,salam perjuangan
kepada semua pengujung bloG yang berada di Perantauan dijemput ke Majlis Berbuka Puasa bersama YAB DS Ust. Azizan Abd Razak (MB Kedah).

dan mengucapkan....

Ahlan Wasahlan ya marhaban .asallah anyaktikum khaira bibarakati ramadhan

satu lagi peperangan yang besar sedang kita hadapi .peperangan menghadapi musuh yang paling licik dan tersembunyi .peperangan hawa nafsu yang tak kenal lelah mengajak manusia kelembah kehinaan dan kekufuran .tetapi bagi mereka yang benar-benar mujahadah saja akan berjaya memberkas hawa nafsu yang licik dengan stategi yang ditunjukan oleh alquran dan alsunnah akhirnya meraka akan dinobat sebagai takwa ,abid dan lain-lain darjat ketinggian disisi Allah .

dalam peperangan silmiah ( demokrasi ) setiap hari,setiap masa ,setiap waktu kita berada dalam kancah peperangan .sama ada sedar atau tidak .bagi seorang pejuang mereka terjebak dalam peperangan ini .mereka diserang dan mereka perlu membalas serangan .jika tidak munkin meraka rebah dan tak mampu lagi bangkit ,segala perancangan ,segala stategi akan musnah sama sekali .
jika seorang pejuang tidak menyedari mereka sedang berada dalam kancah peperangan dan terdedah kepada risiko perjuangan .bacalah surat khabar tidak kira apa juga namanya ,lihat kepada kaca television dan labih canggih lagi supaya dapat kita membezakan yang hak dan batil.

Marilah kita kembali ke jalan yang di redhoi...insyaallah.

10 Ogos 2010

Perutusan Ramadhan 1431.

RAMADHAN menjelma lagi, ia datang dengan membawa rahmat dan keberkatan. Maka marilah kita mensyukurinya dengan mentaati segala perintah Allah, memelihara puasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah. Ramadhan bukan sahaja bulan puasa, tetapi ia juga bulan ibadah, bulan al-Qur’an, bulan silaturrahim, bulan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan, bulan memisahkan antara hak dan bathil.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”

- Riwayat Bukhari.

Pada Ramadhan kali ini, saya menyeru agar kita memelihara ibadah puasa kita, bukan sekadar menjaga makan, minum dan perkara membatal pada lahiriyah sahaja, sebaliknya mari kita pelihara pakaian agar tidak mendedahkan aurat, kita pelihara mata agar tidak melihat perkara yang diharamkan, memelihara telinga dari mendengar perkara yang tidak mendatangkan manfaat, memelihara makanan, minuman sewaktu berbuka dan bersahur agar tidak dari tangan-tangan yang fasiq, dan tidak melakukan pembaziran. Awasilah apa yang akan disuap ke mulut, kerana ia akan menjadi darah daging, peliharakan ia agar hati tidak menjadi keras dan akhirnya menghilangkan kelazatan ibadah.

Negara kita sedang berhadapan dengan kemelut kegawatan sosial yang sangat serius, dengan kadar anak luar nikah mencecah 300,000 setahun, penagih dadah baru setiap setengah jam seorang, kadar bunuh diri antara 7-8 orang sehari, kematian akibat AIDS 6-7 orang sehari, masalah rasuah yang menakutkan, kadar jenayah yang makin meningkat serta wujudnya kelompok yang mula mempertikaikan persoalan asas Islam dalam masyarakat. Semuanya menuntut agar kita mesti tampil membawa negara kita kepada satu dimensi baru dalam sistem politik negara.

Kita perlu kembali kepada sistem Islam yang syumul bagi melahirkan pimpinan yang berwibawa, yang menjalankan pemerintahan negara mengikut dasar yang digariskan oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w: “Manusia akan mengikuti corak hidup pemimpin mereka.” Lantaran itu, marilah kita jadikan bulan Ramadan ini sebagai jalan bagi mendekati kita dengan keindahan sistem pemerintahan yang indah ini.

Ramadhan mendidik kita agar menjauhi maksiat kepada Allah sama ada melalui pancaindera atau pemikiran kita. Dalam kegawatan berhadapan dengan wabak H1N1, yang membimbangkan, Rasulullah s.a.w menegaskan:

“Bilamana zina dan riba’ berleluasa dalam masyarakat, maka mereka mendedahkan diri mereka kepada azab Allah”.


Maka di kesempatan ini saya menyeru agar kita memelihara aspek lahiriyah dalam bentuk mencegahan merebaknya wabak ini, dan dari sudut bathiniyahnya menjaga diri dari melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.

Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS

24 Jun 2010

isu ISU FELDA - Lapuran Polis dibuat terhadap Najib


11 Rejab 1431 H
Oleh: Zulaikha Zulkifli

Laporan polis akan dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang merosot daripada RM4.08bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, laporan polis juga akan dibuat terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan atas perkara yang sama.

Mazlan berkata, ia kerana alasan dalam jawapan Ahmad di Parlimen mengenai sebab kejatuhan rizab tunai Felda itu, tidak masuk akal.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat 16 Jun lalu, Hamim Samuri (BN-Ledang) menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah RM4.08 bilion pada 2004, jatuh kepada RM1.35bilion pada 2009.

Katanya, perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan - RM2 bilion untuk tanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk pembinaan ibupejabat baru Felda.

"Isu ini sangat besar kerana membabitkan wang rakyat. Ke mana pergi duit itu? Saya mengharapkan siasatan terhadap isu ini dibuat," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hari ini, Mazlan bersama empat orang peneroka felda Pahang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada jam 10 pagi tadi, dengan diiringi oleh 30 peneroka Felda.

Laporan polis tersebut ialah mengenai relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil.

"Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat (Sabah). Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda itu (Plantation),'' laporan polis tersebut dipetik.

Laporan itu juga menyebut, harga bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang dibina di Platinum Park KLCC yang mencecah RM662 juta, juga dipertikai.

Ia memetik laporan akhbar Berita Harian sisipan khas 26 Februari 2008, yang menyebut bangunan tersebut ialah RM640.77 juta.

"Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik kerajaan BN kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu mendakwa, penyelewengan dan salahguna kuasa tersebut membabitkan kepentingan 112,635 openeroka dan 800,000 generasi baru Felda.

Sementara itu, Mazlan berkata, laporan polis yang sama akan dibuat oleh ANAK di Johor Jumaat ini dan diikuti oleh negeri-negeri lain selepas itu.