
Dalam dok kalut orang dok cerita macam-macam pasal PAS, drpd isu pergolakan pucuk pimpinan hinggalah ke isu terbaru bab Bai'ah talak 3; nampak gayanya PAS tarak pa-pa pun, dok macam tu ja.
Ya lah, sebagai penyokong PAS, dok rasa ralat jugak dok tengok PAS sejak semenjak dua tiga menjak ni dok kerja kena serang ja dalam media-media massa utama, dok rasa mcm pimpinan PAS tak buat apa-apa pun, dok rasa mcm PAS la ni dok main defend ja, semua striker kena panggil turun habis, kepung gol sendiri sebab pasukan lawan dok attack dok serang tak berenti-renti.
Kalau ibaratkan lawan bola, sebagai penyokong pasukan bola PAS, memang dalam dada ni dok rasa berdebar-debar saja. Kadang-kadang rasa marah kat pasukan sendiri pun ada, kadang-kadang rasa tak puas hati pun ada, kadang-kadang rasa biaq pasukan lawan jaring gol - baru padan muka pun ada, pendek kata macam-macam ada. Tu yg dlm blog yg dulu pro-PAS, banyak la ni yg nampak macam anti-PAS, dok kritik tak berenti-renti, bukan sebab depa dah tak suka PAS, tapi macam analogi team bola tadi tu la; depa risau takut pasukan PAS kalah!
Dok perhati tengok imej PAS kebelakangan ini, dari sudut ekonomi - bukan sudut politik (itu kerja org2 Univ mcm prof Aziz Bari dan rakan-rakannya) - kami yang kerja kilang ini, dari sudut Ekonomi, isu-isu semasa yang berkaitan dengan kepimpinan PAS, kami lihat ianya tidak memberi kesan sangat terhadap kayakinan pelabur terhadap kerajaan PAS - terutama kat Kedah ni. Ya lah PAS pun baru lagi di Kedah ni, tak sampai 2 tahun lagi pun. Kalau kerja kilang mcm kami ni, kalau masih belum cukup 2 tahun, masih kira kanyiaq (mentah) lagi, kalau pi interview mana-mana tempat nak lompat kilang, kalau lebih 2 tahun tu barulah boleh dikatakan sudah ada pengalaman, kalau bawah 2 tahun payah sikit orang nak layan.
Jadi, saya nak tulis sikitlah kat sini, rupa-rupanya dalam kalut dok kena serang kiri kanan, imej PAS khususnya kat Kedah ini tak berapa effect sangatlah. Ya lah, saya sebagai antara golongan professional PAS yg bekerja di sektor perindustrian di Kedah, dek kerana tugasan, hari-hari dok berhubungan dengan pelabur asing yg dok pi mai pi mai bertukar org mai masuk kerja di kilang, saya dok tengok segala makneka serangan politik terhadap PAS tak memberi kesan langsung terhadap pelaburan dan keyakinan depa terhadap kerajaan negeri yg dok ada la nie.
Buktinya, bukan takat satu dua kilang, tapi banyak kilang di Kedah ini khususnya di kawasan industri Kulim Hitech bukan dok kata makin dok ceroi tapi makin dok berkembang pesat lagi dok ada.
Ada satu kilang tu, saya dapat maklumat sedang dalam proses dok bawa masuk mai pekerja-pekerja dia dari negeri di luar Kedah, masuk mai secara berperingkat, target dalam beribu orang. Sedikit hari lagi, boleh jem jln belah kulim ini dengan pertambahan pekerja dan kenderaan akibat pemindahan tenaga kerja dari sebuah negeri lain yg suatu ketika dulu amat sinonim dengan sektor industri ini. Kira hebatlah bila Mat Salleh boleh yakin dengan kerajaan Kedah ini sampai sanggup pindah ribuan pekerja depa masuk mai.
Bila bilangan pekerja bertambah, maka daya beli pun bertambah, ekonomi pun berkembang; misalnya ramai yg akan pi makan kat kedai makan kat sekitar Kulim. Bila tuan kedai makan dapat duit, dia pi beli ikan, tauke ikan dapat duit, dia pi beli baju, tauke baju dapat duit, dia pi beli buah tembikai, dan begitulah seterusnya.
Selain daripada tu, ada satu kilang tu pulak, by early next year (2010), entah berapa billion ringgit lagi entah nanti depa akan bawa masuk mai, pertambahan production line; depa kata kilang tu la ni tengah dok kalut nak cari pekerja, tak tau nak cari mana entah, depa perlu dalam 300 orang lagi Technicians menjelang awal tahun depan. Maka itu, kalau sapa-sapa ada adik beradik atau saudara mara yg akan tamat belajar awal tahun depan sama ada dalam Diploma atau pun Sijil Kemahiran drpd Politeknik ka, ILP ka, IKBN ka, Giat MARA ka, ADTEC ka, IKM ka, kolej teknikal mana-mana ka, bolehlah suruh depa mai belah Kulim Hitech ini mai mintak kerja.
Nak habag kata, KEDAH memang tengah pesat membangun sekarang ini, tengoklah sampaikan orang tak grad lagi pun dah ada kilang dok nganga tunggu depa mai masuk kerja. Mana nak cari keadaan macam ini? dulu masa depa perintah pun tak macam ini rasanya.
Habis tu sapa kata nak kena tukaq kerajaan, baru Kedah nak boleh Senang?
Tak payah tukaq haih, kerajaan negeri hat dok ada la ni pun dah kira senang dah ni.
Cumanya kita mintak kalau boleh, semua EXCO-EXCO yg dok ada tu, pakat pulunlah ikut "kementerian" masing-masing. Setakat ini, dlm bidang industri, YB Amirudin dah prove yg beliau sudah mampu lakukan. EXCO-EXCO lain kita yakin depa pun dah buat ikut tugasan depa masing-masing, kalau tidak sure Kedah tak membangun dan makmur macam dok ada sekarang ini. Tahniah untuk semua.
Ikhlas,
moniermatdin@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan